Saturday, July 18, 2009

Yg Tertangguh- Rombongan Che Yah 1

Sementara tak ade keje nih, aku uploadkan lah gambar rombongan cik Yah datang rumah aku, pastu kitorang gi Melaka, balik Johor balik, pastu on the way nak balik Penang singgah KL rumah Mak Ngah Norsiah, pastu panjat Genting.

Genting aje la..Aku pun tak tau apesal aku suka sangat pi Genting. Asal kalau cakap nak pegi bercuti je, mesti Genting yang keluarnye. fed up agaknye husband aku, sebab dia kata dia suka pegi pantai. Tapi,aku tak suka...muahahhahaha

Taj de la aku rajin nak upload semua, banyak sesangat, mana yg aku terklik tu je la aku masukkan, buat syarat. huhu
.
.
.
.
Lama gile lah nak upload, alahaiiiiiiii

Alkisahnye, masa aku balik tu, kilang Pensonic buat sale macam nak tutup kilang gitu. Apalagi berebut kitorang pegi. Punya la ramai orang masa aku sampai tu, berebut2 semua nak amek barang. Banyak yang dah habis masa aku pi, dah last day masa tu. Memang murah pun, biasa la, ada yang bagus, ok, ada yang dah rosak dah pun. Huhu. Antara yang aku beli masa tu, ada yang tak de dlm gambar, pan grill, water heater aku beli 3 (untuk aku, mak n MIL) , kipas duduk beli 3 jgk, cake blender,hub n hood untuk umah baru mak ,tv besar bagak untuk mak jgk, juice extractor,barang2 kecik2 macam hair dryer, apalagi aku beli pun dah tak ingat. Dah lama, tu pasal sekarang ni aku suka semua benda amik gambar. Senang nak ingat bila2. Saja je upload supaya esok2 boleh buat reference


Ni masa otw nak bawak mak,dek ya, n Azzaydan balik Johor. Kami balik dulu,singgah KL. Nanti baru rombongan Che Yah and d'Pahangs datang berkumpul kat umah aku.

Kuciwa sungguh

Alahai... baru je berkobar-kobar nak upload gambar dari digicam yg baru beli masa fair hari tu. Sekali... tengok-tengok tak de tarikh la.. Terbantut aku. Terus macam tak best je. Biasa aku ikut le jgk tarikh supaya esok2 tua nih boleh le dikenang-kenang.

Kata husband aku, tak set kot. Tak set pe nye, masa amek gambar ade je tarikh, cam ne leh dah transfer pc, dah burn tak de tarikh kat gambar ek? Huhuhu... dah la aku ni jenis pelupa semenjak dah veteran nih, harus la aku tak ingat peristiwa ni bila-bila.

Aku nak gi sbyg Asar dulu. Karang kalau mood datang balik boleh le upload masa birthday Azzaydan di bulan Mei nan silam. Sungguh la sangat basi. Huhu
.
.
.
.
.
Ni yang malas nih, nak upload gambar dah cd buat hal pulak. Tak boleh nak copy. Nak tgukan cd ni, ntah bila lagi le kerajinan aku nak datang ni.. Kat rumah dah tak boleh guna internet sekarang, ntah ape yang rosak tak tau la. Wireless tu kot. Barang canggih manggih sangat ni pun, buat sakit ati je, kejap-kejap rosak,kejap-kejap rosak.

Saturday, July 11, 2009

Believe it or not

Sera and MA replied my emel????

Huwaaa macam tak percaya je.

Huhu. Terharu! Terharu!

Unsangkarable. Unsangkarable.

Sankyu Sera!!! Sankyu MA!!!


Aku bukanlah siapa-siapa

Hanya pembaca yang setia

Wednesday, July 8, 2009

Azzaydan: Missing u so much!

Hari tu Imah telefon, dia cerita ayah bawak Azzaydan naik moto pi beli satay dekat Faiz. Balik tu, masuk saja rumah, Azzaydan ni punya la berlari ke hulu ke hilir, keliling rumah, sambil gelak-gelak, seronok sangat lah tu. Dah tu siap guling-guling terlentang atas lantai. Macam nak express dia punya feeling gitu. Apa yang dia seronok sangat tu pun tak tau la. Diorag pun pelik tengok dia masa tu. Hehe. Padahal selalu je ayah bawak dia ronda. Entah angin ape ntah dia hari tu, syok sangat. Aku pun tumpang syok dengar citer Azzaydan gembira tu. Apa lagi lah yang menggembirakan hati aku ni selain mendengar cerita bahagia anak nan seorang tu.

Kadang-kadang, mengingatkan namanya sahaja dah membuatkan air mata mencurah-curah!

Apatah lagi saat hati dilanda rawan.

I don't know why I cannot stop crying. Missing him so much eventho just a few weeks ago we sent him back.

Will upload his pics later

A B C D

Aku tak boleh terima bila si A buat silap sikit, dia kena marah,marah & marah dengan si B macam dia buat salah besar sangat-sangat sedangkan si C, mulut macam p*, kurang ajar, bercakap tak pernah fikir perasaan org sampai buat orang lain kecik hati n quit, cakap kasar-kasar dengan customer ( ingatkan aku je yg perasan benda ni, rupanya si D pun ada mengadu jugak dkt aku), bilmakna,bukan aku saja yg perasan keceluparan si C (sebenarnya si B pun perasan,selalu jgk dia cakap ttg ni, setakat cakap belakang je la), dan atas semua tindakan si C yang menyakitkan hati tu, dia sikit pun tak ditegur apatah lagi nak dimarahi oleh si B.

Bagus sangatlah tu, si C apalagi, ingatkan selama ni dia betullah. Padahal tak tahu,dah ramai yang makan hati, kecik hati, sakit hati,terasa hati, semua yg berkaitan dengan hatilah, dengan attitude dia (esp mulut dia yg sungguh berbisa itu). Dah tak ade org nak tegur, bukan main lagilah dia. Belum bertemu buku dengan ruas lagi si C ni.

Ni yang buat si A hangin sangat2. Bila si A salah sikit je, macam nak mampos la kena marah. Macam besar sangatlah salah dia. Kalau lah si A buat perangai macam si C, agaknya kiamat la dunia ni kena marah saja. Si C, dilayan, ditatang macam s*, memang sakit hati sungguh. Unfair tau tak? Kesian si A. Makan hati berulam jantung lahhhhhh...

B, do you expect A to respect you, while you act like a b*?

To A, bersabarlah selagi terdaya.

Wednesday, April 29, 2009

Azzaydan dah pandai kayuh basikal 3 roda!

Dengan sendir!

"Dia naik sendiri ka?"

"Ha la...dia naik sendiri, kayuh sendiri,turun sendiri"

"Laaaa....macam mana dia boleh pandai tu? Kaki dia pun tak sampai lagi?"

"Tak tau la kat dia, ayah ajaq sikit2 hari tu, tup-tup dia boleh kayuh sendiri dah!"



Ohhh.. apakah lagi yang menggembirakan hati seorang ibu selain dari mendengar perkembangan menggembirakan dari anaknya?

Wednesday, March 11, 2009

Syair Perahu karya Hamzah Fansuri, mama nukilkan untuk anakanda Azzaydan Fansuri. Jadilah manusia berguna dewasa kelak pada agama kau hambakan diri. Seabagai panduan menjalani hidup.

Inilah gerangan suatu madah
Mengarangkan syair terlalu indah
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah i'tikad diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan